Panduan Pengguna SPINIC
Langkah Mudah untuk membuat carian dan tempahan Analisis melalui SPINIC.
Pendaftaran Akaun Pengguna
Bagi Pengguna Luar / Agensi, klik butang "Daftar" pada penjuru kanan atas di laman utama sistem SPINIC.
Lengkapkan borang pendaftaran dengan butiran yang tepat. Pastikan e-mel yang didaftarkan adalah aktif untuk tujuan pengesahan.
Selepas berjaya mendaftar, sila semak e-mel anda untuk pautan pengaktifan akaun. Klik pautan tersebut untuk mengaktifkan akaun anda sebelum log masuk.
Carian & Proses Permohonan Analisis
Carian Analisis boleh dibuat pada Laman Utama atau pada halaman Analisis. Pada kotak carian yang tersedia, masukkan Nama Instrumen (cth: FESEM), Nama Analisis, atau Kod Analisis.
Sistem akan memaparkan senarai keputusan carian. Klik butang "Detail" untuk melihat maklumat terperinci analisis. Sekiranya ingin membuat permohonan, klik pada butang "Tempah", dan Log Masuk ke dalam sistem.
Apabila telah log masuk, klik pada menu Permohonan Baru dan lengkapkan borang permohonan.
Nota: Satu borang permohonan hanya untuk satu Pusat Tanggungjawab (PTJ) sahaja. Permohonan kepada PTJ lain hendaklah dihantar pada borang berasingan.
| No | Kod Analisis | Bil. Sampel | Kos (RM) | Jumlah (RM) | Keterangan | Tindakan |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 1 | AFM 01 |
1
|
100.00 | 100.00 |
Contoh: Method / Suhu / Parameter
* Sila Isi Keterangan. Maks: 250 aksara
0 / 250
|
Klik butang "Hantar Permohonan". Permohonan anda akan diproses oleh PTJ makmal berkaitan untuk tindakan kelulusan, dan status kemas kini akan dihantar terus ke e-mel anda.
Semakan Status Permohonan
Log masuk ke akaun anda dan klik pada menu "Semakan Permohonan" di panel navigasi sisi (Menu Utama).
Halaman ini memaparkan Senarai Permohonan anda beserta status terkini seperti Permohonan Baru, Bayaran, Penghantaran Sampel, dan Selesai dengan butang tapisan di bahagian atas.
Klik pada kotak ID Permohonan (teks bergaris biru) untuk melihat Jejak Permohonan. Anda boleh memantau perkembangan permohonan dan log sampel anda secara masa-nyata (real-time) melalui ruangan butiran tersebut.
Proses Pembayaran Permohonan
Apabila Status permohonan bertukar kepada "Bayaran", pemohon perlu memilih Kaedah Pembayaran yang ingin digunakan.
Bagi Warga UKM: Pembayaran boleh dibuat secara atas talian melalui e-Tunai (FPX/Kad Debit/Kredit) ATAU menggunakan peruntukan Geran yang berstatus aktif.
Bagi Individu / Agensi Luar: Kaedah bayaran yang disediakan adalah secara atas talian melalui e-Tunai ATAU dengan memuat naik dokumen Pesanan Rasmi yang sah dari syarikat/agensi masing-masing.
Muat Turun Keputusan
PIC Bertanggungjawab akan kemaskini status permohonan yang telah selesai kepada "Selesai Analisis" dan pemohon akan menerima notifikasi emel.
Keputusan analisis akan dimuat naik ke dalam folder Google Drive yang tersedia untuk setiap permohonan.
Klik butang "Buka Google Drive" untuk melihat dan memuat turun keputusan analisis dan dokumen berkaitan.
Nota: Sila hubungi PIC Bertanggungjawab atau Teknikal SPINIC sekiranya terdapat masalah sewaktu akses keputusan analisis, atau tiada pautan tersedia.