Soalan Lazim (FAQ)
Pilih kategori atau cari jawapan pantas berkaitan perkhidmatan makmal dan sistem SPINIC.
Untuk membuat pendaftaran akaun baru, pengguna boleh klik pada butang Daftar dan pilih jenis akaun yang ingin didaftarkan sama ada secara Individu atau Agensi. Pengguna digalakkan untuk mengisi maklumat yang tepat dan lengkap supaya pihak makmal dapat hubungi pengguna melalui maklumat yang telah diberikan.
Tidak perlu. Staf dan Pelajar UKM boleh klik pada butang Log Masuk kemudian klik butang Warga UKM dan log masuk melalui Single-Sign On (SSO).
Sekiranya lupa kata laluan:
Boleh klik pada butang ‘Lupa Katalaluan’ dan masukkan e-mel yang digunakan sewaktu pendaftaran akaun. Emel akan dihantar oleh SPINIC kepada pemohon untuk reset katalaluan.
Sekiranya gagal log masuk:
Untuk pengguna yang baru mendaftar, perlu aktifkan akaun terlebih dahulu dengan klik pada emel pengaktifan yang dihantar oleh SPINIC. Sekiranya masih tidak boleh log masuk, boleh hubungi teknikal spinic pada spinic@ukm.edu.my.
Ya, satu permohonan boleh mengandungi pelbagai analisis yang terdiri daripada satu Pusat Tanggungjawab (PTJ) sahaja. Analisis daripada PTJ berlainan hendaklah dihantar pada borang permohonan baru.
Pemohon digalakkan untuk mengisi spesifikasi sampel yang ingin dihantar serta keterangan analisis yang perlu dijalankan ke atas sampel. Hal ini supaya pihak makmal yang menerima permohonan dapat membuat penilaian ke atas sampel yang ingin dihantar.
Ya, permohonan masih boleh dibatalkan sekiranya status permohonan masih berada pada ‘Permohonan Baru’ atau ‘Bayaran’.
Pengguna boleh mendapatkan sebutharga (quotation) dengan mendaftar dan membuat permohonan melalui sistem SPINIC ini.
Setelah mencari dan memilih instrumen analisis yang dikehendaki, masukkan bilangan (kuantiti) sampel yang diperlukan ke dalam borang Tempahan. Sistem akan mengira dan memaparkan anggaran sebutharga secara automatik. Anda juga boleh memuat turun sebutharga rasmi (PDF) sejurus permohonan diluluskan.
Sebutharga ini boleh digunakan sebagai rujukan, dokumen perolehan jabatan, atau dokumen sokongan bagi permohonan pelarasan tabung / geran penyelidikan.
Kaedah Pembayaran yang disediakan dalam sistem spinic adalah seperti berikut:
- Warga UKM: etunai / geran (caj antara jabatan)
- Luar UKM: etunai / pesanan rasmi
Untuk pembayaran etunai, pengguna boleh membuat bayaran melalui Transaksi Credit Card atau FPX (Online Banking).
Resit Rasmi hanya boleh didapatkan setelah pembayaran analisis telah dibuat. Untuk mendapatkan Resit Rasmi UKM, permohonan boleh dihantar kepada pihak makmal atau Pegawai Bertanggungjawab yang menguruskan permohonan analisis tersebut.
Untuk permohonan melalui Geran, terdapat dua peringkat kelulusan yang perlu dilalui iaitu:
- Kelulusan Ketua Projek/Geran
- Kelulusan Jabatan Bendahari UKM
Tempoh kelulusan bergantung kepada tindakan kelulusan oleh pihak terlibat dan juga faktor lain seperti Status / Baki Geran yang mencukupi.
Pemohon adalah digalakkan untuk mencetak tiket dan menyertakan tiket tersebut bersama dengan sampel sewaktu penghantaran.
Perlukan Bantuan Lanjut?
Pasukan teknikal dan pentadbiran kami sedia membantu anda.